Rabu, Ogos 06, 2008

Saat aku mengantuk



Sekarang waktu dah pukul 2.29 am (baca:pagi). Saja eksperimen kalau aku masih larat nak menulis sedikit dalam blog syok sendiri yang aku buat nih. Ah, rasa dah sampai titik yang tak boleh patah balik nih.

Ceh, teringat pulak waktu aku study dulu, pernah tidur sejam (ke tak sampai sejam??) untuk study bila menjelang final (last minute study;LOL). Teringat pulak waktu hendak present project, kul 6am baru tidur. Teringat pulak rumah sewa lama aku kat seksyen 10 Shah Alam, yang kipas syiling biliknya berbunyi bak helikopter. Tapi masih boleh tidur dengan nyenyak. Ceh, teringat pulak serangan pepijat gara-gara ketidakbersihan tempat tidur rakan sebilik. Itu baru mengganggu tidur.

Aduh, kepala dah berat! Tilam dah memanggil-manggil tuk aku baring di atasnya. Aku mula memikirkan kehangatan tidur di tilam sendiri. Adios. Beta hendak beradu dahulu. Selamat Tidur dan bangun. (Bismillah 21x + doa tidur + Selawat 3x)

Tiada ulasan: