Jumaat, Ogos 08, 2008

Butterfingers dan K E M B A L I


Di atas adalah rekord terbaru dari band kegemaran aku. Sebenarnya aku beli rekord ni hari Sabtu baru ni. Ni pun saja je nak letak kat "the so called my blog". Berapa tahun ya aku menunggu (royalbutter lain pun tunggu gak) rekord ini keluar. Hmm, adala dalam empat tahun kot. Oh lupa lak, kat sebelah cd tuh adalah mp3 player yang selalu menemaniku ke mana saja aku pergi.

Ok, apa pendapat aku tentang rekord nih? Hmm, boleh di katakan rekord ni Butter betul-betul KEMBALI ke tanah tumpah darah. Lebih melayu dari rekord Selamat Tinggal Dunia. Tiada lagi sleng-sleng orang putih (ada skit kot pada Loque) seperti rekord STD. Emmet betul-betul menyanyi dalam lenggok melayu pasar. Umpamanya, mesin merentas masa disebut; mesin merentas mase (baca: mas'e').

Dan di dalam rekord ini, seperti biasa penuh dengan lagu-lagu yang menangkap (baca: catchy), dan yang pasti butter lebih jiwang di dalam rekord ini. Sapa tak layan lagu jiwang ye tak? Oh ye, pada mulanya aku dengar nyanyian Loque agak pelik sikit. Tapi sarat dengan emosi dan aku masih lagi boleh absorb dan sedap didengar.

Lirik-lirik kali ini turut diserikan dengan pantun melayu, peribahasa melayu dan turut menampilkan bunyi mainan piano dari penggubah lagu melayu@rakan sezaman P. Ramlee, Pak Kassim Masdor. Malah di dalam rekord ini, ada lagu mengambil lenggok lagu R. Azmi dan P. Ramlee seperti ditulis pada rekord. Ada juga lagu yang semacam gaya Radiohead (ke imiginasi aku je).

Namun aku agak terganggu kerana ada pada akhir sesebuah lagu diselitkan bunyi-bunyian aneh yang agak meleret bagi aku dan juga ada ruang tanpa bunyi yang agak lama. Terpaksa sabar menunggu untuk lagu seterusnya.

Jadi apa lagi yang boleh dikatakan tentang rekord ini? Usah ambil kira perenggan di atas. Butter memang hebat (ayat ini yang sebenarnya mewakili keseluruhan post ini). Lirik tepat dan irama sedap. Memanglah berat ke Butter. Tapi apa boleh buat, aku peminat Butter.


p/s: Butter sekarang ni lebih open, RTM pun diorang layan


2 ulasan:

matakucing berkata...

pada aku dorang dah berjaya menembusi satu lagi garisan atmosfera dalam berkarya.. lebih terus.

Gespenst Jäger berkata...

yeah, diorang ni mmg sentiasa berevolusi. itulah dia butterfingers