Ahad, Julai 27, 2008

Wartawan Hiburan = Sh*t??

"Janganlah terasa, Hidup ini sementara,
Wartawan hiburan, Pondan, Homoseksual"

Oh yeah! Itulah bait-bait lirik Merpati Sejoli dari band Butterfingers tentang wartawan hiburan (baca:wartawan gosip). Haha. Memang 'tepet' kena dengan muka para wartawan hiburan. Nampaknya Butterfingers ada juga cerita/pengalaman tersendiri dengan wartawan jenis ini.

Bagi aku, wartawan hiburan sebegini, (maksud aku hanya wartawan yang lebih suka cerita2 gosip) adalah antara wartawan paling bangang (period!!) dan paling rendah kastanya diantara para wartawan mahupun jurnalis yang ada (period!!). Bukan aku tak suka, aku pun suka baca cerita-cerita yang ditulis mereka dalam akhbar (selalunya hujung minggu). Suka baca tulisan-tulisan bodoh yang sendiri menggambarkan betapa hinanya wartawan itu.

Sedap juga baca kisah-kisah artis yang ditulis para wartawan genius ini. Para wartawan ini adalah pemegang kuasa mutlak dalam menentukan hidup-hidup seorang artis. Senang cakap, para wartawan ini sudah menganggap diri mereka "tuhan" yang menentukan kehidupan artis (naik turunnya artis itu) yang sememangnya dipenuhi najis dan lumpur busuk (tak semua artis) yang sama busuknya dengan para wartawan ini.

Cara mereka mendapat cerita adalah cepat dan mudah. Kebanyakan berpandukan sumber yang datang entah dari mana (boleh diragui), kemudian tanpa banyak kajian atau siasatan terus sahaja ditulis di dada akhbar. Ada juga yang ditulis berdasarkan "pengalaman" sendiri para wartawan itu setelah berkuak lentang dalam najis. Oh, lupa pulak, sepatutnya mereka boleh juga dikategorikan sebagai "penyebar fitnah". Hmm, gelaran itu lebih molek dari "wartawan hiburan".

Ya, "penyebar fitnah" ini suka akan cerita-cerita yang memalukan orang, cerita-cerita yang membogelkan orang, cerita-cerita yang dapat melagakan pelbagai pihak, cerita-cerita yang mengagungkan artis busuk dan bermacam-macam lagi cerita busuk yang sanggup mereka hidu.Sehingga gambar artis yang melompat ketika ke tanah suci pun boleh dieksploitasikan sehingga memalukan keluarga artis yang tidak bersalah itu . Nah, betapa busuknya hati mereka. Oh lupa, mereka sememangnya sudah terbiasa bergelumang dengan najis yang busuk.

Kata-kata terakhir (mungkin tidak) untuk "penyebar fitnah" (bukan sahaja untuk kategori wartawan hiburan); bukalah pekung orang lain sehingga anda ke liang lahat supaya kelak pekung anda pula akan ditontonkan tanpa seutas benang pun untuk dijadikan hijab.


p/s: siapa yang makan cili, dialah yang akan cirit-birit. Ada orang kata wartawan juga manusia. Tapi manusia tu ada yang baik dan ada yang busuk hatinya.