Rabu, September 16, 2009

Nak Raya Dah


Masa berlalu sekelip mata je. Tau2 dah nak raya. Tahun ni stat bagi duit raya. Terasa nak berpantun plak. Haha.


Dua tiga das mercun berbunyi,
Selamat Hari Raya untuk diri sendiri.


Jumaat, September 11, 2009

Wah dah lama....

Hah, dah lama aku x update. Malas sebenarnya. Sebab nak dekat raya, aku letak jela lagu raya oleh kugiran kegemaran aku. haha

Khamis, Januari 29, 2009

Muahaha!!



Gerenti terkejut tengok aku link ke blog azwan ali. Haha. Bukannya ape, asyik2 tengok blog serius je. Skali skale layan blog camni layan gak. Hahaha. Mamat ni mmg berani. Selamba kodok je mengutuk (tengok jela gambar kat atas nih) orang yang mengutuk/tak suka kat dia balik. Siap bagi no hp dia lagi cabar org soh kol dia klu tak puas hati. Haha.

Bleh dikategorikan blog 18SGSX la. Haha. Bahasa tahap parental advisory; explicit content. Dia cakap je ape yg dia nak tanpa berlapik. Haha.

Aku rasa kalau dia jadi punker, memang Anarchy in Malaysia la jawabnya. Ditambah pulak dengan fesyen pelik dia. Mau jadi pakcik punk seMalaysia. Muahaha!!


Isnin, Januari 12, 2009

2008 Dah Lepas Dah...



Sudah lebih sepuloh hari berada di tahun baru 2009. Aku cuba ingat balik ape yang aku dah buat sepanjang 2008.

2008 merupakan tahun paling aktif aku pergi ke gig, konsert mahupon showcase. Sebelum 2008, memang aku tak berpeluang ke mana-mana show kerana terikat dengan belajar dan jugak kewangan yang terhad.

Tahun 2008 jugak perginya nenek aku selama-lamanya ke alam sana. Kemudian diikuti pulak oleh datuk aku selang 6 bulan kemudian. Antara orang yang tersayang yang pernah menjaga aku sejak kecik. Semoga mereka berbahagia di alam sana.

Tahun 2008 jugak aku telah berjaya mendapat selipat ijazah setelah aku bergelumang dengan pancaroba, pahit dan manis alam belajar.

Tahun 2008 jugak aku mula merasai pengalaman menjadi penganggur. Sehingga kini masih lagi penganggur terhormat. Lagu Sudirman terngiang-ngiang di telinga aku masa ni. Pedih jugak dengan kata-kata orang. Haha.

Tahun 2009 dah masuk. Aku budget nak dapat kerja secepat mungkin. Duit yang aku simpan dah makin kontang. Semoga ada rezeki aku tahun ni.

Pergh... Dah masuk 2009 dah. Tak jauh mana pon ni.