Khamis, Jun 12, 2008

Selamat tinggal ROTTW

Sudah hampir 8 tahun aku membeli dan mengumpul ROTTW dari harganya RM5 hingga naik seringgit sekarang (ingat minyak je boleh naik?). Semuanya bermula dengan keluaran bulan Mei 2001, berkat adanya kugiran kegemaran aku yang menjadi penghias muka depan. Aku membaca ROTTW kerana fokusnya kepada jenisan muzik yang jarang dipaparkan/dikisahkan pada majalah-majalah biasa. Mungkin aku ingin nampak 'cool' dengan mengumpul ROTTW ataupun memang aku teruja membaca temuramah/kisah/input/ilmu(barangkali) tentang muzik. Sebelum aku beli isu bulan Mei tersebut, aku hanya membelek-belek di kedai mamak.

Masalahnya di sini, aku sekarang sudah mulai bosan membacanya. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang menarik lagi tentang ROTTW. Namun seperti perokok yang memang susah hendak berhenti, aku juga demikian. Maksud di sini, aku susah hendak berhenti membelinya. Tiap kali masuknya bulan baru, pasti aku akan menjenguk majalah ini di kedai mamak. Macam perkara wajib ada tiap-tiap bulan seperti mana kita gosok gigi tiap-tiap hari.

Aku sendiri tak tau apa yang kurangnya dengan ROTTW sekarang. Ke sebab aku dah makin tua atau pun isi dan fakta di dalamnya sekarang mudah saja dicari di internet? Tapi memegang benda yang berjisim lebih enak dari benda yang kita hanya dapat tengok saja benda tuh(lain macam bunyinya). Adakah aku sekarang tak berminat dan sudah bosan membaca tentang pemuzik, tapi aku ingin membaca tentang instrumen muzik dan muzik itu sendiri? Ke ROTTW dah "sell out"? Ke pemuzik yang dah "sell out"?

Hahaha. Persoalan demi persoalan timbul. Yang pasti aku akan berhenti membeli ROTTW. Tapi bulan ni punya aku dah 'terbeli'. Takat baca gitu-gitu je. Apa-apa pun aku mengucapkan terima kasih kepada ROTTW kerana sudi menjadi bahan bacaanku ketika di dalam bilik termenung.

Buat pemuzik pulak, berbanggalah dapat masuk ROTTW. Berbanggalah sebab lu orang ada band yang boleh bermain muzik bersama. Tak kiralah lu orang nak berlagak ataupun memang nak bermuzik seikhlas hati. Adios ROTTW. Bulan depan aku tekad berhenti.

p/s: isu ROTTW kegemaranku, depan covernya ada May, Butterfingers dan Ramli Sarip.

Rabu, Jun 11, 2008

Filem "tarbaik" pernah aku tonton

Di bawah adalah antara filem-filem paling hampeh pernah aku tonton. Serius punya hampeh, dan terasa rugi kalau tengok kat wayang mahupun membeli vcd/dvd. Semuanya aku tengok kat wayang dan ada aku tonton di tv. Kebanyakan aku tengok cerita-cerita yang hampeh ni cerita hantu/seram. Tak kisah la dari Malaysia ke, Indonesia ke, mahupun Thailand. Itulah nak sangat tengok cerita hantu/seram. Heheheh. Padan muka diri sendiri.

  1. The House Of Flying Dagger (Hong Kong)- Cerita kung-fu hampeh. Dah kene bunuh pastu bangun balik, pastu kene bunuh balik, pastu bangun balik. Keluar je dari wayang, aku dengan kawan-kawan terus kutuk bercampur makian. Yang boleh harap hanya sinematografi yang lawa dan kamerawork yang cantek.
  2. Perng Mang (Thailand)- Cerita hantu (hantu gendang aka the haunted drum)Thailand yang memang tak best langsung ditonton bersama keluarga mahupun penduduk kampung.
  3. Congkak (Malaysia)- Iklan je gempak nampak seram, siap beri amaran "ibu mengandung mahupun orang yang penakut tidak digalakkan menonton". Ceh, budget seram sangatlah tu. Tertipu den. Haha!
  4. Tujuh Perhentian (Malaysia) - Sapa lagi pengarahnya kalau bukan pengarah 'tersohor' negara 'Prof. Madya' (wajib ada) A. Razak Mohaideen. Cerita hantu yang bukan main-main 'seram'nya.
  5. Impak Maksima (Malaysia) - Cerita hampeh arahan Ahmad Idham. Dari filem ke drama tvnya memang hampeh tahap longkang. Konon dalam filem nak buat visual effect, nampak tak real langsung. Jalan cerita toksah cakapla.
  6. Haru Biru (Malaysia) - Cerita ni kalau tak tengok pun takpa. Aku taktau la ape yang Adlin A. Ramli ni fikir. Adlin, ko ingat filem ko ni ala-ala filem Quentin Tarantino atau Guy Ritchie ke. Lu bikin bahan ketawa jela. Lu syok sendiri brader.
  7. Mendam Berahi (Malaysia) - Nih filem arahan Zack Lokman. Dari jalan cerita, sinematografi, lakonan.. Ah! Senang cakap dari mula sampai habis memang hampeh dari hampas kelapa!
  8. Chronicles Of Narnia (US) - Memang cerita kanak-kanak pun. Tak best langsung. Iklan dia keluar kat tv berbulan-bulan sebelum filem ni keluar. Budget gempak cam LOTR atau Harry Potter la konon.
  9. Sundel Bolong (Indonesia) - Pak, ini cerita seram ya pak? Jalan Ceritanya nggak bagus langsung. Huduh banget ceritanya daripada wajah sundel bolong itu. Kebanyakan cerita hantu dari kampung bapak hanya bermodalkan cewek-cewek ganteng lagi seksi. Nek Nak kat Astro lagi best.
  10. Pontianak 3 (Indonesia) - dvdnya entah aku campak ke mana agaknya.

Entahlah, setakat tu je filem-filem hampeh yang 'paling berbekas' dalam kepala aku yang pernah aku tonton. Kebanyakan dari Malaysia kerana Malaysia tanah tumpah darah ku. Filem-filem di atas cukup bertuah kerana aku telah menontonnya. Dan aku sendiri bertuah kerana menontonnya. Wakakaka

Selasa, Jun 10, 2008

Surat terima kasih

Pagi ni aku berasa agak wajib untuk menulis surat berterima kasih kepada dua pensyarah merangkap supervisor untuk thesis aku dan juga projek akhir aku. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa rinduku pada mereka membuak-buak.


Kepada dua pensyarahku yang disayangi,

Terima kasih aku ucapkan kepada kalian yang telah berjaya mengkucar-kacirkan hidupku. Onar yang kalian berikan berjaya membekas di hati aku sehingga baunya tidak pernah hilang dari hidup ini. Emosi ku ketika dibawah belaian kalian tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Idea-idea serta bimbingan kalian yang bernas berjaya membuatkan aku tidak dapat tidur malam. Sungguh mengasyikkan!

Aku juga berasa kagum dengan pelajar-pelajar yang lain yang begitu synchronize sekali mempamerkan aksi jilatan tepat ke punggung kalian sehingga mereka dibelai dan dimanjakan dan ditatang seperti minyak yang penuh.

Aku tak dapat menjilat seperti pelajar-pelajar itu kerana aku tidak mempunyai pengalaman, malah manual menjilat punggung pun tidak pernah ada dalam hidup aku. Aku tak kisah dianak-tirikan, malah aku berasa bangga kerana dapat mengikut telunjuk kalian, kerana kalian menentukan samada aku akan terjun ke kolam najis mahupun ke kolam ternakan ikan air tawar.

Oh, buat kesekian kalinya, terima kasih aku ucapkan kepada kalian. Ikhlas dari hatiku yang kecil ini. Sesungguhnya kalian akan ku sematkan ke dalam jiwa raga ini, biar ia terus membusuk menjadi nanah sekali pun.


Yang berterima kasih,

Abdul Rahman Bin Abdullah


Bercakap dengan diri sendiri

  1. Sekarang ni aku lepak kat rumah. Aku ingat takkan ada pressure dah lepas habis belajar. Rupa-rupanya ada jugak. Waktu belajar ada orang akan tanya, "Belajar kat mana sekarang?", "Berapa pointer sem nih?", dan ironinya bila dah habis belajar orang akan tanya, "Kerja kat mana sekarang?", "Berapa gaji sekarang nih?". Nah, itu dia! Dejavu sememangnya wujud!
  2. Orang kita memang dah disetkan fikiran mereka. Termasuklah aku. Orang kita kena masuk U, baru orang pandang. Orang kita kena kerja bagus-bagus, baru orang pandang. Kita memang pakai, makan dan hidup dengan pandangan orang. Aku sendiri terpaksa hidup begitu. Ikut acuan orang. Suka hati koranglah nak cakap apa. Memang aku boneka!
  3. Aku nak sangat (INGIN) menikmati kehidupan bebas dari masalah klise yang memang membelenggu orang kita. Kadang-kadang aku fikir, apa salahnya jadi tukang sapu sampah? Apa salahnya jadi orang yang homeless yang tidur tepi jalan?
  4. Aku cemburu dengan orang yang bekerja/belajar berdasarkan minat mereka. Aku belajar tanpa berfikir dahulu. Pilihan yang aku buat bukanlah pilihan yang aku suka (minat/gemar). Perkatan "Kalaulah..." sering mengganggu hidupku. Aku dulu materialistik. Aku dulu hipokrit.
  5. Kita memang takkan dapat apa yang kita hajati. Tak lah semua. Tapi aku teringat kata-kata Prof Izi Hj. Ali (betul ke nama dia?) dalam radio. Dia kata, doa atau hajat yang tak kesampaian selalunya Allah akan kabulkan kalau bukan di alam ini, pasti akan dikabulkan di alam lain. Syukurlah aku teringat kata-kata ini. Aku tak mahu menjadi orang yang menyalahkan takdir.
  6. Sekarang perasaan marah aku reda la sedikit selepas menulis. Kalau aku berasa marah atau geram, aku dah tahu mana nak lepaskan. Aku tak suka marah-marah. Kalau boleh aku nak tulis yang baik-baik.
Satu keluhan dilepaskan. Tarik nafas dalam-dalam. Jantung, go steady.

Isnin, Jun 09, 2008

Luahan pertama, gara-gara petrol

Kadang-kadang, penulis-penulis akhbar atau laman web memang macam taik. Aku panas pasal "pandangan" atau "tulisan" diorang yang "cam rilek jer" bile harga petrol naik. Oh lupa, diorang nih anak raja-raja, tan sri, anak dato’ duit belambak tak pernah luak. Ni cuma pandangan aku yang kurang pandai dari penulis-penulis semacam ini yang pastinya adalah pakar ekonomi, ahli falsafah, para professor dari universiti terkemuka, dan juga ahli politik yang bijaksana.

Aku baca satu tulisan dari laman ini tulisan saudara BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ yang mengaitkan subsidi gigi palsu dengan subsidi petrol seolah-olah sama saja. Ape citer bro? Aku tau lah yang nko cuma nak jadikan contoh je. Tapi contoh cam sial je ko bagi.

Pastu "brader" nih menulis yang rakyat memberontak apabila subsidi ditarik balik. Lu fikirlah brader kenapa rakyat memberontak.Brader nih sendiri tulis yang rakyat terpaksa menanggung 40% tambahan untuk belanja petrol. Yang aku panas dengan penulis cam “brader Bad” kiter nih, mesti nak menceritakan pasal harga petrol di negara cam Singapura, Thailand dan Indonesia lebih mahal daripada kita. Syukur Alhamdulillah! Tapi tak disebut plak tentang harga petrol di Arab Saudi atau Brunei. Kenapa ye? Oh lupa, diorang pengeluar minyak utama dunia. Kita pun pengeluar minyak jugak. Sampai gamat pun boleh pupus sebab diorang bikin minyak.

Lagi satu, mesti konon-kononnya nak menyalahkan warga asing dari Thailand dan Singapura yang senang-senang dapat beli petrol kat negara kita. Brader, berape kerat sangat warga negara-negara nih yang beli minyak kita. Diorang pun beli dekat stesen petrol yang dekat ngan sempadan negara diorang. Takda lah sampai ke Shah Alam ke, Batang Berjuntai ke, Janda Baik ke.

Pastu brader nih sebut pasal pemberian rebat untuk pengguna motosikal dan kereta. Kerajaan memang cukup baik. Tapi lagi baik kalau hapuskan aje cukai jalan yang sedia ada. Ni tidak, lesen memandu pun nak kene re-new (baca: kene bayar). Yang lawaknya, peduli hape dia dengan kerani yang “mahu” memandu kereta seperti professor. Ayat “mahu” itu menunjukkan cita-cita atau angan-angan. Salah ke orang nak berangan. Lagi satu bro, ada ke pembantu pejabat yang pakai kereta yang melebihi kemampuan diorang. Cukai spare-part kereta pun tinggi brader. Diorang fikir gak beb. Ingat pembantu pejabat ngok sangat ke. Tak logik beb (geleng kepale). Pastu cakap benda ni berlaku gara-gara subsidi bahan api. Ptuih! Well done. Bagus.

Bahagian-bahagian lain yang ditulis oleh “brader Bad” kira ok la. Cam cadangan yang bernas. Aku pun malas tulis lagi. Cuma aku nak tanya, harga petrol naik, lepas tu harga makanan dan perkhidmatan naik, harga ape yang tak naik-naik? Jawapan dia, lu pikirlah sendiri!