Di bawah adalah antara filem-filem paling hampeh pernah aku tonton. Serius punya hampeh, dan terasa rugi kalau tengok kat wayang mahupun membeli vcd/dvd. Semuanya aku tengok kat wayang dan ada aku tonton di tv. Kebanyakan aku tengok cerita-cerita yang hampeh ni cerita hantu/seram. Tak kisah la dari Malaysia ke, Indonesia ke, mahupun Thailand. Itulah nak sangat tengok cerita hantu/seram. Heheheh. Padan muka diri sendiri.
- The House Of Flying Dagger (Hong Kong)- Cerita kung-fu hampeh. Dah kene bunuh pastu bangun balik, pastu kene bunuh balik, pastu bangun balik. Keluar je dari wayang, aku dengan kawan-kawan terus kutuk bercampur makian. Yang boleh harap hanya sinematografi yang lawa dan kamerawork yang cantek.
- Perng Mang (Thailand)- Cerita hantu (hantu gendang aka the haunted drum)Thailand yang memang tak best langsung ditonton bersama keluarga mahupun penduduk kampung.
- Congkak (Malaysia)- Iklan je gempak nampak seram, siap beri amaran "ibu mengandung mahupun orang yang penakut tidak digalakkan menonton". Ceh, budget seram sangatlah tu. Tertipu den. Haha!
- Tujuh Perhentian (Malaysia) - Sapa lagi pengarahnya kalau bukan pengarah 'tersohor' negara 'Prof. Madya' (wajib ada) A. Razak Mohaideen. Cerita hantu yang bukan main-main 'seram'nya.
- Impak Maksima (Malaysia) - Cerita hampeh arahan Ahmad Idham. Dari filem ke drama tvnya memang hampeh tahap longkang. Konon dalam filem nak buat visual effect, nampak tak real langsung. Jalan cerita toksah cakapla.
- Haru Biru (Malaysia) - Cerita ni kalau tak tengok pun takpa. Aku taktau la ape yang Adlin A. Ramli ni fikir. Adlin, ko ingat filem ko ni ala-ala filem Quentin Tarantino atau Guy Ritchie ke. Lu bikin bahan ketawa jela. Lu syok sendiri brader.
- Mendam Berahi (Malaysia) - Nih filem arahan Zack Lokman. Dari jalan cerita, sinematografi, lakonan.. Ah! Senang cakap dari mula sampai habis memang hampeh dari hampas kelapa!
- Chronicles Of Narnia (US) - Memang cerita kanak-kanak pun. Tak best langsung. Iklan dia keluar kat tv berbulan-bulan sebelum filem ni keluar. Budget gempak cam LOTR atau Harry Potter la konon.
- Sundel Bolong (Indonesia) - Pak, ini cerita seram ya pak? Jalan Ceritanya nggak bagus langsung. Huduh banget ceritanya daripada wajah sundel bolong itu. Kebanyakan cerita hantu dari kampung bapak hanya bermodalkan cewek-cewek ganteng lagi seksi. Nek Nak kat Astro lagi best.
- Pontianak 3 (Indonesia) - dvdnya entah aku campak ke mana agaknya.
Entahlah, setakat tu je filem-filem hampeh yang 'paling berbekas' dalam kepala aku yang pernah aku tonton. Kebanyakan dari Malaysia kerana Malaysia tanah tumpah darah ku. Filem-filem di atas cukup bertuah kerana aku telah menontonnya. Dan aku sendiri bertuah kerana menontonnya. Wakakaka
Tiada ulasan:
Catat Ulasan