Selasa, Jun 10, 2008

Surat terima kasih

Pagi ni aku berasa agak wajib untuk menulis surat berterima kasih kepada dua pensyarah merangkap supervisor untuk thesis aku dan juga projek akhir aku. Entah kenapa aku tiba-tiba rasa rinduku pada mereka membuak-buak.


Kepada dua pensyarahku yang disayangi,

Terima kasih aku ucapkan kepada kalian yang telah berjaya mengkucar-kacirkan hidupku. Onar yang kalian berikan berjaya membekas di hati aku sehingga baunya tidak pernah hilang dari hidup ini. Emosi ku ketika dibawah belaian kalian tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Idea-idea serta bimbingan kalian yang bernas berjaya membuatkan aku tidak dapat tidur malam. Sungguh mengasyikkan!

Aku juga berasa kagum dengan pelajar-pelajar yang lain yang begitu synchronize sekali mempamerkan aksi jilatan tepat ke punggung kalian sehingga mereka dibelai dan dimanjakan dan ditatang seperti minyak yang penuh.

Aku tak dapat menjilat seperti pelajar-pelajar itu kerana aku tidak mempunyai pengalaman, malah manual menjilat punggung pun tidak pernah ada dalam hidup aku. Aku tak kisah dianak-tirikan, malah aku berasa bangga kerana dapat mengikut telunjuk kalian, kerana kalian menentukan samada aku akan terjun ke kolam najis mahupun ke kolam ternakan ikan air tawar.

Oh, buat kesekian kalinya, terima kasih aku ucapkan kepada kalian. Ikhlas dari hatiku yang kecil ini. Sesungguhnya kalian akan ku sematkan ke dalam jiwa raga ini, biar ia terus membusuk menjadi nanah sekali pun.


Yang berterima kasih,

Abdul Rahman Bin Abdullah


Tiada ulasan: