Selasa, Jun 10, 2008

Bercakap dengan diri sendiri

  1. Sekarang ni aku lepak kat rumah. Aku ingat takkan ada pressure dah lepas habis belajar. Rupa-rupanya ada jugak. Waktu belajar ada orang akan tanya, "Belajar kat mana sekarang?", "Berapa pointer sem nih?", dan ironinya bila dah habis belajar orang akan tanya, "Kerja kat mana sekarang?", "Berapa gaji sekarang nih?". Nah, itu dia! Dejavu sememangnya wujud!
  2. Orang kita memang dah disetkan fikiran mereka. Termasuklah aku. Orang kita kena masuk U, baru orang pandang. Orang kita kena kerja bagus-bagus, baru orang pandang. Kita memang pakai, makan dan hidup dengan pandangan orang. Aku sendiri terpaksa hidup begitu. Ikut acuan orang. Suka hati koranglah nak cakap apa. Memang aku boneka!
  3. Aku nak sangat (INGIN) menikmati kehidupan bebas dari masalah klise yang memang membelenggu orang kita. Kadang-kadang aku fikir, apa salahnya jadi tukang sapu sampah? Apa salahnya jadi orang yang homeless yang tidur tepi jalan?
  4. Aku cemburu dengan orang yang bekerja/belajar berdasarkan minat mereka. Aku belajar tanpa berfikir dahulu. Pilihan yang aku buat bukanlah pilihan yang aku suka (minat/gemar). Perkatan "Kalaulah..." sering mengganggu hidupku. Aku dulu materialistik. Aku dulu hipokrit.
  5. Kita memang takkan dapat apa yang kita hajati. Tak lah semua. Tapi aku teringat kata-kata Prof Izi Hj. Ali (betul ke nama dia?) dalam radio. Dia kata, doa atau hajat yang tak kesampaian selalunya Allah akan kabulkan kalau bukan di alam ini, pasti akan dikabulkan di alam lain. Syukurlah aku teringat kata-kata ini. Aku tak mahu menjadi orang yang menyalahkan takdir.
  6. Sekarang perasaan marah aku reda la sedikit selepas menulis. Kalau aku berasa marah atau geram, aku dah tahu mana nak lepaskan. Aku tak suka marah-marah. Kalau boleh aku nak tulis yang baik-baik.
Satu keluhan dilepaskan. Tarik nafas dalam-dalam. Jantung, go steady.

Tiada ulasan: