Sabtu, Disember 27, 2008

Peristiwa Hari Sabtu

Pada mulanya memang ada plan nak pergi berjalan-jalan ke Kelantan ataupun Penang. Tapi last minit terpaksa dibatalkan pulak atas sebab-sebab tertentu. Jadi sekarang aku ada dua pilihan untuk aku habiskan masa hari Sabtu ni. Satu, pergi tengok As Sahar perform kat MCPA Hall, kedua; pergi Sunway tengok Butterfingers jadi jemputan tuk hotfm bingit.

So at first, memang aku nak pergi tengok As Sahar, tapi disebabkan aku takda member untuk menemani aku, last-last aku amik keputusan tengok Butterfingers kat Sunway. Tapi aku tengok web butter, diorang perform dalam kul 5 ptg, so baik aku gerak lambat sedikit. Sebab memang aku nak tengok butter perform.

Dalam kul 4 gitu, aku terus gerak menuju ke Sunway ikut LDP. Aku sebenarnya tak tau la mana tempat yang diorang perform tuh, apa namanya.. Rainforest ntah hapekebende cafe kot. Yang aku surf internet katanya opposite dengan Sunway Hotel n Spa. Hmm boleh lah.

Sampai je, terus nampak signboard Sunway Hotel tuh, jadi dah dekat. Sekarang aku kene mencari tempat parking plak. Adelah beberapa tawaf aku pusing sebelum aku dapat tempat parking.

Dari jauh aku dah dengar bunyi gegak-gempita (haha) dari jauh. Taulah aku destinasi aku dah dekat. Lagi meyakinkan aku, nama Butterfingers dah disebut. Belum kul 5 pun. Cepat plak diorang nak perform. Aku terus cepatkan langkah. Sampai je, orang memang dah ramai. Aku terus amik firstshot dari jauh. Butter baru bermula dengan lagu Bebas. Aku kena ke depan ni.


Ada chan baik, dua kameraman tengah mencelah-celah tuk pergi ke depan. Aku pun apelagi, dengan buat taktau aku folo diorang terus ke depan stage! Baik punya view. Siap duduk depan judges (kot) lagi. Yang aku perasan salah sorangnya Edrie Hashim. Lagi satu tak perasan sebab aku dah nak layan lagu Bebas yang dah nak sampai pertengahan. Aku pun snap lagi.



Aku pun duduk bersila kat depan tuh setempat dengan beberapa lagi kameraman yang duduk bersila jugak. Sambil layan Bebas, aku snaplah lagi beberape gambar. Lupalak, show kali ni Loque kembali ke posisi asalnya setelah sebelum ini dia diganti Greg Handerson selama dia di luar negara.




Loque seperti biasa bermain dengan efek-efek pelik tak pelik dia. Emmet pulak selesa dengan gitar akustiknya sambil menyanyi bait-bait pantun yang ada dalam lagu Bebas. Kadak pula fokus dengan bass fendernya (tak salah aku). Drummer kita Encik Loko tetap steady seperti drummachine mengetuk dram sambil menjadi penyanyi latar. Haha.



Lagu kedua dah nak masuk. Aku tak tau ape yang Emmet mumbling, Joget Global nih. Aku pun prepare kamera aku dalam video mode. Ambik satu lagu senang. Haha.



Habis je Joget Global, Emmet trus menukar ke gitar Lespaul nya sambil Loque bermain lick2 lagu 1000 tahun. Sementara menunggu Emmet 'menyetupkan' gitarnya, Loque mengambil alih mikrofon utama katanya "Ini apa ye? Hotfm Bingit ye?" haha. Ironi sungguh.


"Sorry ade masalah teknikal skit" Emmet bercakap pasal gitarnya kot. Pastu apelagi, Loque terus memainkan intro 1000 tahun.


Diakhir lagu Loque "menghentam" gitar Epiphonenya dan akhirnya di biarkan di atas lantai. Emmet yang sayang dengan gibsonlespaulnya pasti tidak akan mengulang peristiwa menghempas gitar ke lantai. Haha.


Sementara diorang turun dari stage, aku amik kesempatan tuk amik autograph diorang. Haha. Tapi malangnya Aku tak dapat amik tandatangan Emmet. Loque pulak sempat aku bertanya bila dia sampai Malaysia. "Pagi tadi" katanya. Maka habislah show Butterfingers untuk tahun 2008.

Selasa, Disember 09, 2008

Hobi menghabihkan bogheh

Kalau orang tanya aku "duit ko banyak habis kat mana?" Aku mesti jawab beli dvd atau vcd. Hahaha. Memang duit aku banyak habis beli dvd/vcd. Tak kisah samada yang original atau pun pirate. Ingat lagi cerita pirate yang pertama aku beli, video tape cerita Judge Dredd. Hahaha.

Semuanya bermula time aku kecik-kecik dulu. Suka sangat tengok tv. Teringat lagi time bebudak dulu, kalau movie keluar kat tv mesti aku record dalam video tape. Cerita P. Ramlee, Mr. Os, Badul, sampai kartun kat tv pon aku record. Juara lagu tahun 91 pun ada record. Tapi sayang tape-tape semuanya dah tarak.

Kat atas adalah sebahagian dvd pirate yang aku kumpul. Hahaha. Memang orang cakap stop piracylah apalah tapi dvd pirate memang ada di dalam hati aku. Bukannya apa, dvd pirate ni siap ada 2 in 1, 3 in 1 sampai ke 12 in 1 pun rasanya aku pernah jumpa. Cerita cam Rambo, Indiana Jones, Ghost Buster, Child's Play mahupun cerita lama Stephen Chow dan Bruce Lee siap ada complete set lagi.Tapi banyak kedai-kedai yang jual pirate punya dvd tutup. Faham-faham jelah. Sampai kedai yang pernah menjal bertahun-tahun dvd mahupun vcd pirate kat Shah Alam tu pon dah tak jual lagi.

Ni dvd siri Masked Rider Black aka Kesatria Baja Hitam dari episod satu sampai habis. Tengok siri ni mengenangkan kembali aku kat zaman budak-budak dulu. Time cerita ni dan gaban meletop dulu, sampai nak ponteng sekolah agama gara-gara nak tengok cerita ni main kat tv.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku terasa nak tengok balik filem-filem lama zaman 80an dengan awal 90an. Nasib baik sebahagian ada di jual kat kedai dengan harga yang murah dan yang pasti copy right punya.

Cerita-cerita lama termasuklah filem Badul lama-lama, Fenomena, Setinggan, Kembara Seniman Jalanan, Kami, Keluarga 99, Mat Gelap, Imigran dan adalah lagi beberapa yang lain. Banyak gak antara filem-filem ni copyright dia cam dipegang syarikat cina. Tapi kira oklah sebab ada dari tak.


Yeah, vcd paling latest aku beli tengah hari tadi. Tak sangka setelah beberapa lama aku cari vcd Aku Kaya ni akhirnya jumpa jugak. Sebelum ni aku adala cari kat kedai-kedai yang jual vcd. Tapi tak jumpa. Susah gak nak dapat vcd ni. Dvd dia apatah lagi.

Nasib aku baik, aku jumpa vcd ni time aku pergi buat gambar pasport kat kedai gambar. Sebelah kedai gambar tu memang ada kedai jual dvd, vcd dan cd lagu. Aku pun saja jelah tengok-tengok manala tau kalau ada cerita yang aku berkenan. Ntah macam mana terjumpa pulak vcd Aku Kaya ni terselit kat celah-celah. Pergh berhabuk dah. Aku tak banyak fikir terus je amik vcd ni.

Puas gak hati aku dapat beli vcd ni. Dulu memang aku ada beli tapi pirate punyalah. Haha. Tah manatah hilangnya vcd tu. Dapat yang original puas hati skit. Dengarnya vcd filem ni dijual sehingga melebihi 100,000 unit. Boleh tahan jugak. Tu tak pastilah campur yang pirate ke tak.

Hmm, kalu nak diikutkan, vcd cerita camni banyak gak keluar suatu ketika dahulu. Cerita cam Blok 404, Kem 505, Misteri Jeram Lesung, Momok, Pontianak vs Pocong dan banyaklah lagi keluar dulu. Kira cerita-cerita nih cam alternatiflah untuk cerita-cerita yang main kat tv. Lebih berani sikit. Kalau bunuh mesti darah keluar bergelen-gelen. Haha, tapi layan.

Selain tuh, banyak gak movie yang aku dapat hasil dari donlod sendiri dan orang lain. Mendonlod cerita ni memang kene banyak bersabar. Mau makan seminggu baru complete didonlod. Tengok berapa banyak orang yang seeding. Antara movie yang aku donlod, Seven Samurai, The Usual Suspects, Revolver, Reservoir Dogs, Groundhog Day dan ntahapepentah lagi.

Kat bawah adalah antara cerita/movies yang aku tak bosan tengok berkali-kali
  1. Man Laksa
  2. Zombi Kampung Pisang
  3. Snatch
  4. Tenacious D: Pick Of Destiny
  5. The Darjeeling Limited
  6. Fight Back To School I, II, III
  7. Da Di Du (AR Badul)
  8. The Shawshank Redemption
  9. Ocean's 11, 12, 13
  10. Back To The Future I, II, III

Kat bawah ni pulak antara cerita (dvd/vcd) yang aku nak carik

  1. Toyol (filem 70an)
  2. Mat Som (adaptasi dari komik Lat)
  3. Chandramukhi (Rajnikanth)
  4. Femina (filem Eman Manan dengan Erma Fatima klu x silap)
  5. Rentak Desa
  6. Momok I
Boleh tolong carik??


Jumaat, November 14, 2008

Kisah Haru Inijengkolo


Peristiwa bermula disebuah kaunter kewangan.

Inijengkolo: Assalamualaikum. Ni saya nak mintak cop pengesahan untuk amik saya punya sijil ijazah.
Kakkaunter: Boleh bagi no ic? Semua hutang kamu dah setel? (sambil jari menaip kekunci komputer)
Inijengkolo: Of courselah saya dah setelkan. Ini ade clearance slip yang budak tempat kakkaunter yang bagi.
Kakkaunter: Er.. Kat sini ade tulih yang kamu ade lagi hutang. (sambil tengok pada skrin komputer)
Inijengkolo: Biar betul ni. Saya dah setel kesemua tu. Tengok balik clearance slip tu. (menunjukkan slip tadi. Tona suara sedikit tinggi)
Kakkaunter: Kamu ada bawak penyata kewangan yang lepas?
Inijengkolo: La.. Saya tak bawak lah. Sepatutnya slip yang saya bawak ni dah cukup. (nafas dah tak keruan)
Kakkaunter: Memang betul. Tapi slip ni kekadang tak boleh pakai. Sebab ade subject yang lambat di key in kan pihak fakulti kepada kami. Tu yang ade student terkena cam ni jugak.
Inijengkolo: INILAH MASALAHNYA. SEJAK SAYA MASUK DAN DAH HABIS PON NI ,ADE SAJE MASALAH TAK SETEL-SETEL. SEPATUTNYA PIHAK KEWANGAN DENGAN FAKULTI KENE ADE LA TWO WAY CONNECTION. SEKARANG NI STUDENT PLAK JADI MANGSE. KERJE NAK MAKAN DUIT JE. (dah melenting neh)
Kakkaunter: Er.. Semua ni memang biasa berlaku dik, er.. Cuba adik datang lain kali, bawak sekali penyata kewangan yang lepas. Boleh kak check balik mana yang tak kena tu.
Inijengkolo: YA, BOLEH-BOLEH. SAYA BOLEH TRAVEL KE SINI BALIK DENGAN PERJALANAN YANG MENGAMBIL MASA SEJAM SETENGAH DAN JARAK LEBIH KURANG 50KM. BOLEH, SEBAB BAPAK SAYA ADA KILANG DUIT. MINYAK KENDERAAN SELAMBA JE SAYA BELI BERGELEN-GELEN. PASTU, SEMUA HUTANG STUDENT KAT SINI , TERMASUKLAH GAJI KAKAK DENGAN STAF-STAF SAYA AKAN BAYAR. ADIOS AMIGO. NANTI SAYA K E M B A L I! (Terus beredar selepas mengeluarkan kata-kata yang sedikit kurang ajar meninggalkan Kakkaunter terkebil-kebil)
Kakkaunter:....................

Berlalulah Inijengkolo dari kaunter kewangan itu dengan seribu caci-maki bercampur carutan yang tidak enak didengar telinga. Nampaknya, Inijengkolo terpaksa kembali ke kaunter kewangan itu. Tapi entahlah bila. Yang pasti, Inijengkolo akan menyediakan juadah carutan caci-makian barang sekilo dua dan beberapa aksi stunt yang boleh dikatakan agak kurang ajar buat kedatangannya yang akan datang. Marilah berdoa supaya tiada kes pembunuhan berlaku pada waktu itu. Memang *toot* *toot* *toot* dan *toot* punya Kaunter Kewangan. Mungkinkah ada sambungannya kisah ini? Barangkali.

Ahad, Oktober 26, 2008

Dikala jiwa kacau, ada lagi yang mengacau.

Dikala jiwa ku agak kacau, dikala hatiku marah-marah, dikala mataku merah menyala, dikala terasa hendak meletup, aku dikacau oleh post yang dibuat oleh Mamat Khalid (klik sini). Ketawa terbahak-bahak aku dibuatnya. Wakakaka. Hilang kacau.Wakaka

Ahad, Oktober 19, 2008

Peristiwa ngeri di Bukit Jalil

Semua berlaku gara-gara hendak menonton satu konsert free Di Bukit Jalil. Walaupun bukannya aku nak tengok semua band-band yang buat persembahan, tapi aku tetap pergi. Lagi satu sebab aku ke sana kerana hendak berjumpa seorang rakan blogger yang dikenali sebagai mata-kucing.

Hmm, dia merupakan/sebenarnya blogger ketiga yang aku pernah jumpa. Blogger pertama aku pernah jumpa ialah merah silu (jumpa tak sempat tegur pun), kedua; Faisal Tehrani (siap bergambar bersama), dan mata-kucing yang ketiga. Atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, foto bersama mata-kucing tak dapat disiarkan (cewah).

Tapi cucilah mata dengan gambar di bawah. Walaupun pergi tonton konsert, ibadah tetap tak dilupakan. Masuk je waktu maghrib, berpusu-pusu jugak bebudak ni ke surau. Insaf beb, insaf. Kene beratur nak ambil wudhu. Selepas itu, sendiri mau ingatla.



Cerita ngeri berlaku ketika persembahan berlangsung. Sedang asyik berdansing tak sedar diri, tiba-tiba betis sebelah kanan kejang. Menusuk kalbu. Ngeri, betul punya ngeri (hahaha). Nasib baik ada seorang member yang tolong urut-urutkan. Cuba nak melegakan. Mata-kucing pun tak jadi melayan konsert melihatkan aku rebah ke tanah (haha). Yang aku respek kat mat-mat yang tengah asyik berdansing pun siap buat wall (?) untuk halang orang menghimpit aku yang terduduk di bawah. Siap tolak budak yang tengah surfing ke tempat lain supaya tak terjatuh kat aku. Ada etika betul diorang ni. Ada jugak yang prihatin bertanyakan keadaan aku. Cewah!



Haha. Itu sahaja peristiwa ngeri yang hanya beberapa baris yang hendak aku cerita. Sekadar peringatan untuk masa hadapan (ada kena mengena ke). Daripada terus melalut, aku letak jela satu-satunya gambar butterfingers yang paling jelas dapat aku ambil. Lain-lain tarak.


p/s: motif pertama aku ke konsert; nak tengok butterfingers perform, motif kedua; nak jumpa brader mata-kucing.

Sabtu, Oktober 11, 2008

Langgar perjanjian

Ya aku telah melanggar janji aku untuk berhenti membeli ROTTW. Semua gara-gara cover isu bulan ini. Butterfingers! Sebenarnya aku dah banyak kali hantar komen (spam?) ke ruangan komen di myspace ROTTW meminta dengan cara mulus supaya butter k e m b a l i menjadi cover. Dan memang diorang dah plan untuk menjadikan butter sebagai cover sejak butter keluar dengan single 1000 Tahun dulu. Tapi masa tak sesuai agaknya.
Jadi tanpa menghiraukan artikel-artikel yang lain, cerita butter aku baca dulu. Haha. Lepas ini adakah aku akan terus membeli ROTTW ataupun terus berhenti, itu tengoklah pada keadaan. Tapi kemungkinan besar memang aku akan berhenti... Boleh guna ayat 'barangkali' kot?

Rabu, Oktober 08, 2008

Ada apa dengan filem Mamat Khalid?


Aku sekarang dah syok dengan filem yang Mamat Khalid buat. Tengok berulang-kali pun aku takkan bosan. Kalau dulu banyak orang taktau pun siapa Mamat Khalid, sekarang siap orang tahu yang dia ni adik kartunis terkenal, Lat.

Mulanya dengan filem Rock yang aku pergi tengok kat wayang. Walaupun banyak gak 'slek' dalam filem ni tapi ia membuka mata aku dengan perkembangan muzik rock suatu ketika dulu. Abaikan betapa tak 'real'nya para pelakon berlakon memainkan alat muzik/menyanyi, efek burung yang tak menjadi, filem ni buat aku nak hidup zaman kebangkitan rock kat negara kita zaman 80an dulu. Haha. Tak pasal-pasal adik aku yang kecik pun hafal lagu Dari Sinar Mata.

Pastu cerita Man Laksa pulak keluar. Tapi aku tak tengok kat wayang la. Aku beli vcd filem nih. Cerita yang memang sempoi dengan karekter-karekter yang unik. Dari pelakon utama sampai la pelakon tambahan, semuanya menjadi lakonan mereka. Memang seronok tengok cerita ni. Takda lawak-lawak bodoh yang menyakitkan hati. Keseluruhan cerita ni berlaku dalam satu malam je. Dialog paling best yang ada dalam filem ni berbunyi lebih kurang; "Awang Serama beritahu Husin Kapor tadi, dia kata yang Mail Gandum beritahu Mah Jepun, yang Usop Kambing kata, Lan Cicak sudah sangkut kat kampung seberang..". Yang peliknya cerita ni, majlis amal dalam cerita ni bertujuan hendak mengutip derma untuk membina rumah seorang penduduk kampung yang hangus terbakar di musim banjir besar??

Kemudian disusuli pula dengan cerita Zombi Kampung Pisang. Siapa tak tengok filem ni memang rugila. Aku tengok kat wayang filem ni. Macam cerita Man Laksa, cerita zombi ni pun berlaku dalam satu malam sahaja. Sekali lagi Mamat Khalid menonjolkan karekter-karekter yang menarik. Dan watak utamanya dari mula sampai ke habis cerita hanya berkain pelikat saja! Tapi 'hook' cerita ni agak kurang dari cerita Man Laksa. Tapi masih lagi dapat menghiburkan aku. Dialog yang tak dapat aku lupa dalam filem ni, ditambah dengan gaya tersendiri pelakon (seorang mat rock yang tersesat) lebih kurang berbunyi begini; "Dia punya rendang brader, wa cakap lu brader, rendang kering, lepas tu pulut kuning, wa tak kasi can, ssseh, gulp (telan air liur).." Aku pun sendiri rasa terliur. Haha.

Filem terbaru Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang pun aku pergi tengok kat wayang. Tak pernah aku tengok filem black and white ala-ala zaman dolu-dolu kat panggung wayang. Katanya filem ni Noir genrenya. Seperti biasa, karekter-karekter yang unik tetap memeriahkan filem ini. Aku suka dengan babak dalam kereta dan lori. Aku juga suka babak di dalam keretapi. Bergoyang habis! Aku rasa itulah scene paling jujur dalam filem ni. Hahaha. 'Hook' yang membantu filem ni sudah pastinya lagu latar yang sentiasa wujud hingga ke akhir filem. Set filem, pakaian, dan cara percakapan, memang buat aku percaya yang filem ni berlaku pada zaman sebelum merdeka. Ditambah pula lagu latar filem ni yang begitu 'old school' bunyinya. Siapa yang tengok filem ni pasti takkan lupa dengan tauke motel yang suka menghisap candu. Dialog "Mau massage ka?" pasti takkan dilupakan.

Bagi aku, filem-filem Mamat Khalid lebih jujur dari sesetengah pengarah yang hanya ingin menghantar filem mereka ke luar negara untuk meraih award. Agenda perpaduan, hidup berharmoni sering dititipkan pada setiap filemnya. Banyak mesej yang tersirat kalau diperhatikan betul-betul. Setiap filem Mamat Khalid pasti ada 'hook' yang tersendiri disamping banyak dialog-dialog yang menjadi 'punch line' sehingga dapat diingati. Lupa pulak, filem-filem Mamat Khalid pasti takkan lengkap dengan muzik sebab Mamat Khalid pun seorang pemuzik. Aku rasa kalau Mamat Khalid dapat budget yang tinggi untuk buat filem, gerenti kelemahan-kelemahan dalam filem-filem yang pernah dibuat/diarahnya pasti dapat ditampal.

Tak lama lagi filem Estet, juga Mamat Khalid punya filem akan keluar panggung. Tunggu jela dan lihat macam mana pula keunikan filem Estet ni pula.

p/s: Kenapa aku tak cakap pasal filem Mamat Khalid: Lang Buana? Pasal aku tak berapa suka Senario.

Isnin, September 01, 2008

Sehari sudah berpuasa

Horey! Selamat berpuasa. Semoga Ramadhan tak pergi dgn sia-sia. Salam Ramadhan juga kpd arwah nenek tercinta. Berbahagialah di alam sana.

Hari-hari tanpa duka hendaknya. (",)

Sabtu, Ogos 30, 2008

4 jam sebelum jam 12, 31 Ogos 2008


Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada datuk-datuk serta moyang-moyang yang berjuang dalam membasmi penjajah keparat. Perjuangan anda sejak Melaka jatuh ke Portugis laknat, perjuangan anda semenjak British yang bangsat mencampuri negeri kita ketika Perjanjian Pangkor. Perjuangan anda yang mengekang bangsa Melayu umumnya Muslim dari menjadi murtad ketika puak kafir menyebarkan agamanya.

Ada yang mengatakan anda lanun, penjahat, perompak, komunis, pembelot tanah air dan ada juga dipenjara, dibuang ke negeri lain, malah ada dibunuh hanya semata-mata perjuangan anda untuk menjaga kedaulatan bumi bertuah ini dari cengkaman busuk penjajah-penjajah keparat dan tali barutnya.

Bumi ini sebenarnya telah merdeka sebelum 31 ogos 1957. Telah merdeka; kerana perjuangan anda adalah kemerdekaan itu sendiri. Diri anda tidak pernah sekali dijajah. Semangat anda tidak akan lut oleh pedang, tidak akan tembus oleh peluru.

Terima kasih kerana kemerdekaan ini. Kami tak mampu untuk menjadi seperti anda, para pejuang agama dan bangsa. Pengorbanan anda tiada tolok banding. Hanya anda yang mengetahui erti kemerdekaan, hanya anda yang benar-benar telah merdeka. Kami hanya menumpang di atas tanah tumpahnya darah anda.

Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih.


Butter vs Melodi

Klik ke sini utk meninggalkan komen dan utk menonton temuramah butter oleh wartawan "bijaksana" dari melodi. Kerana mereka "pakar" dalam muzik.

Selasa, Ogos 26, 2008

Butterfingers @ Planet Hollywood 24/8/08

Bukan main awal aku gerak hari itu untuk ke Planet Hollywood. Jam lapan terus bergerak. Gara-gara untuk mencari tempat letak kereta yang dekat. Nasib baik hari itu malam Ahad. Jalan Bukit Bintang tak berapa sesak. Yalah, esoknya orang nak kerja.

Disebabkan aku sampai awal, aku dok melongo kat dalam Planet cam orang bodoh. Sudah la datang seorang diri. Sesekali pelayan-pelayan menjeling kat aku. Agaknya dalam hati berkata, "Apekehe mamat ni dok sorang-sorang kat sini, show start lambat lagi". Jadi aku pun buat muka tebal, aku pun mula ambil gambar sementara orang tak berapa ada ni. Berbekalkan kamera yang agak ketinggalan (Fujifilm 4.0 MP dengan memori hanya 64MB) aku pun mula tekan picu. Ah, kamera ni memang suka buat hal. Gambar lambat untuk muncul di skrin kamera ni. Belasah sudah!

Di bawah adalah beberapa gambar yang aku ambil, ketika orang masih kurang.



Hmm, senarai lagu-lagu yang bakal dimainkan. Gerenti puas nanti.






Jam sudah melepasi pukul 10, orang pun sudah ramai. Aku dah teruja sebab show sudah hendak mula. Sebelum show mula, aku duduk di bahagian kanan pentas. Adala dua tiga orang warga yang berumur semacam hendak duduk di situ. Aku pun beredar untuk bagi laluan (lagipun show sudah hampir mula). Sempat juga salah seorang pakcik tu tegur aku, "Lawa baju.." begitulah lebih kurang yang aku dengar, merujuk kepada baju K E M B A L I yang aku pakai. Aku tersenyum sahaja. Yeah! Show hampir nak mula. Aku terus bergegas ke depan sekali. Di bawah adalah beberapa gambar-gambar yang sempat aku rakam selama mana yang aku mampu. Biarlah gambar-gambar yang bercerita pula. Hehe.



















Show sudah tamat. Dua kali encore tuh! Puas? Tak puas. Rasa sekejap sangat walaupun lebih sepuluh lagu dimainkan. Sebuah sesi yang santai dan kadang-kala menggila sedikit penontonnya. Oh lupa pula. Rupa-rupanya orang tua Loque pun ada hadir. Mungkinkah pakcik yang menegur aku tadi bapa Loque? Jengjengjeng...

Selepas mengambil minuman percuma, aku terus beredar. Tamat.


p/s: sempat juga aku capai pick Emmett yang jatuh kat lantai. Hehe.