Rabu, Oktober 08, 2008

Ada apa dengan filem Mamat Khalid?


Aku sekarang dah syok dengan filem yang Mamat Khalid buat. Tengok berulang-kali pun aku takkan bosan. Kalau dulu banyak orang taktau pun siapa Mamat Khalid, sekarang siap orang tahu yang dia ni adik kartunis terkenal, Lat.

Mulanya dengan filem Rock yang aku pergi tengok kat wayang. Walaupun banyak gak 'slek' dalam filem ni tapi ia membuka mata aku dengan perkembangan muzik rock suatu ketika dulu. Abaikan betapa tak 'real'nya para pelakon berlakon memainkan alat muzik/menyanyi, efek burung yang tak menjadi, filem ni buat aku nak hidup zaman kebangkitan rock kat negara kita zaman 80an dulu. Haha. Tak pasal-pasal adik aku yang kecik pun hafal lagu Dari Sinar Mata.

Pastu cerita Man Laksa pulak keluar. Tapi aku tak tengok kat wayang la. Aku beli vcd filem nih. Cerita yang memang sempoi dengan karekter-karekter yang unik. Dari pelakon utama sampai la pelakon tambahan, semuanya menjadi lakonan mereka. Memang seronok tengok cerita ni. Takda lawak-lawak bodoh yang menyakitkan hati. Keseluruhan cerita ni berlaku dalam satu malam je. Dialog paling best yang ada dalam filem ni berbunyi lebih kurang; "Awang Serama beritahu Husin Kapor tadi, dia kata yang Mail Gandum beritahu Mah Jepun, yang Usop Kambing kata, Lan Cicak sudah sangkut kat kampung seberang..". Yang peliknya cerita ni, majlis amal dalam cerita ni bertujuan hendak mengutip derma untuk membina rumah seorang penduduk kampung yang hangus terbakar di musim banjir besar??

Kemudian disusuli pula dengan cerita Zombi Kampung Pisang. Siapa tak tengok filem ni memang rugila. Aku tengok kat wayang filem ni. Macam cerita Man Laksa, cerita zombi ni pun berlaku dalam satu malam sahaja. Sekali lagi Mamat Khalid menonjolkan karekter-karekter yang menarik. Dan watak utamanya dari mula sampai ke habis cerita hanya berkain pelikat saja! Tapi 'hook' cerita ni agak kurang dari cerita Man Laksa. Tapi masih lagi dapat menghiburkan aku. Dialog yang tak dapat aku lupa dalam filem ni, ditambah dengan gaya tersendiri pelakon (seorang mat rock yang tersesat) lebih kurang berbunyi begini; "Dia punya rendang brader, wa cakap lu brader, rendang kering, lepas tu pulut kuning, wa tak kasi can, ssseh, gulp (telan air liur).." Aku pun sendiri rasa terliur. Haha.

Filem terbaru Mamat Khalid, Kala Malam Bulan Mengambang pun aku pergi tengok kat wayang. Tak pernah aku tengok filem black and white ala-ala zaman dolu-dolu kat panggung wayang. Katanya filem ni Noir genrenya. Seperti biasa, karekter-karekter yang unik tetap memeriahkan filem ini. Aku suka dengan babak dalam kereta dan lori. Aku juga suka babak di dalam keretapi. Bergoyang habis! Aku rasa itulah scene paling jujur dalam filem ni. Hahaha. 'Hook' yang membantu filem ni sudah pastinya lagu latar yang sentiasa wujud hingga ke akhir filem. Set filem, pakaian, dan cara percakapan, memang buat aku percaya yang filem ni berlaku pada zaman sebelum merdeka. Ditambah pula lagu latar filem ni yang begitu 'old school' bunyinya. Siapa yang tengok filem ni pasti takkan lupa dengan tauke motel yang suka menghisap candu. Dialog "Mau massage ka?" pasti takkan dilupakan.

Bagi aku, filem-filem Mamat Khalid lebih jujur dari sesetengah pengarah yang hanya ingin menghantar filem mereka ke luar negara untuk meraih award. Agenda perpaduan, hidup berharmoni sering dititipkan pada setiap filemnya. Banyak mesej yang tersirat kalau diperhatikan betul-betul. Setiap filem Mamat Khalid pasti ada 'hook' yang tersendiri disamping banyak dialog-dialog yang menjadi 'punch line' sehingga dapat diingati. Lupa pulak, filem-filem Mamat Khalid pasti takkan lengkap dengan muzik sebab Mamat Khalid pun seorang pemuzik. Aku rasa kalau Mamat Khalid dapat budget yang tinggi untuk buat filem, gerenti kelemahan-kelemahan dalam filem-filem yang pernah dibuat/diarahnya pasti dapat ditampal.

Tak lama lagi filem Estet, juga Mamat Khalid punya filem akan keluar panggung. Tunggu jela dan lihat macam mana pula keunikan filem Estet ni pula.

p/s: Kenapa aku tak cakap pasal filem Mamat Khalid: Lang Buana? Pasal aku tak berapa suka Senario.

3 ulasan:

matakucing berkata...

oh kat pon minat mamat khalid..ermm aku mmg dah lama folow dia since sitcom spanar jaya musim 1 lagi..skrip dia yang buat tuk spanar jaya tu.

pastu drama citer "rombongan cik kiah ke sukan komenwel" & "md Nor khusairy & the velvet boys" pon gila best.

aku still tak jumpa lagi dvd cite man laksa & rock...tak de kat tpt aku..nak turun kl lupa je nak cari.

tpi ko prasan tak tiap2 citer dia buat mesti ada sebut nama penuh watak, pokok getah & estate.

tp filem dia penuh satira sindiran beb..aku respect kat dia.

Gespenst Jäger berkata...

cerita cik kiah tu aku xdpt tgk dari mula smpi habis. sama jugak dgn md nor khusairy tu. tp klu pasni ada can gerenti aku tgk.

dvd man laksa & rock mcm xda je. dia print dlm vcd je kot. xtaula.

mamat khalid bernafas dgn ego jugak ke? haha

matakucing berkata...

oh..aku 2 citer tu tak de lagi vcdnya