Sabtu, Ogos 30, 2008

4 jam sebelum jam 12, 31 Ogos 2008


Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada datuk-datuk serta moyang-moyang yang berjuang dalam membasmi penjajah keparat. Perjuangan anda sejak Melaka jatuh ke Portugis laknat, perjuangan anda semenjak British yang bangsat mencampuri negeri kita ketika Perjanjian Pangkor. Perjuangan anda yang mengekang bangsa Melayu umumnya Muslim dari menjadi murtad ketika puak kafir menyebarkan agamanya.

Ada yang mengatakan anda lanun, penjahat, perompak, komunis, pembelot tanah air dan ada juga dipenjara, dibuang ke negeri lain, malah ada dibunuh hanya semata-mata perjuangan anda untuk menjaga kedaulatan bumi bertuah ini dari cengkaman busuk penjajah-penjajah keparat dan tali barutnya.

Bumi ini sebenarnya telah merdeka sebelum 31 ogos 1957. Telah merdeka; kerana perjuangan anda adalah kemerdekaan itu sendiri. Diri anda tidak pernah sekali dijajah. Semangat anda tidak akan lut oleh pedang, tidak akan tembus oleh peluru.

Terima kasih kerana kemerdekaan ini. Kami tak mampu untuk menjadi seperti anda, para pejuang agama dan bangsa. Pengorbanan anda tiada tolok banding. Hanya anda yang mengetahui erti kemerdekaan, hanya anda yang benar-benar telah merdeka. Kami hanya menumpang di atas tanah tumpahnya darah anda.

Sekali lagi, aku ucapkan terima kasih.


2 ulasan:

matakucing berkata...

selamat merdeka..& selamat berpose

Gespenst Jäger berkata...

Selamat berpuasa kembali. Ramadhan bulan yg penuh dgn kemerdekaan!