
R. Azmi. Nama yang begitu asing bagi aku suatu ketika dahulu. Aku mula interested dengan nama ini semenjak Loque Butterfingers ada menyebutkan namanya sebagai pengaruh dalam menulis lirik. Apa yang best sangat dengan R. Azmi?
Aku pun mula mencari dan mendonlod lagu-lagu beliau untuk cuba mengenali penyanyi ini. Oh, rupa-rupanya dia nilah penyanyi lagu Hore-hore Samba tuh. Aku mula refresh balik ingatan aku. Kali pertama aku dengar lagu ni ketika aku masih sekolah rendah. Tak ingat darjah berapa. Kaset yang ada lagu ni kerap dimainkan di dalam kereta pakcik yang menghantar aku ke kelas agama. Ooo, baru aku tau nama penyanyinya R. Azmi. Memang banyak lagu-lagu beliau yang pernah dengar seperti, Hitam Manis, Di Bawah Bulan Purnama, Memikat Hati, dan Kerana Mata. Cuma aku tak kenal siapa penyanyinya dulu.
Lagu-lagu dia memang easy listening punya lagu. Tapi kebanyakan lirik dia ni gila sikit. Dia ni seolah-olah obses gila dengan cinta pada wanita. Entahlah siapa perempuan itu. Sampai ada liriknya yang berkata sanggup mati kerana cinta, sanggup binasa badan, sanggup macam-macam lagilah. Banyak juga lagu-lagu yang menceritakan tentang betapa kecewanya ketika putus cinta, saat jatuh cinta, dan memuji wanita pujaan. Tapi adala juga lagu-lagu yang happy, lagu-lagu yang perli sesetengah pihak/orang.
Melalui lagu-lagu R. Azmi yang aku dengar, memang dia ni berjiwa romantis. Begitu taksub dengan cinta sehingga sanggup menderita. Yang aku rasa sedih bila membaca cerita tentang kehidupan beliau sehingga ke akhir hayatnya (link). Aku rasa kehidupan beliau betullah seperti yang digambarkan melalui lagunya. Dihujung hayatnya sebatang kara. Ada yang kata beliau begitu setia dengan cintanya sehingga beliau tak kahwin dan terus membujang sehingga beliau meninggal dunia. Begitu juga dengan kerjayanya sebagai penyanyi. Kerana memilih bidang nyanyian, beliau disisih dari keluarga. Saat namanya malap, beliau hanya mencari rezeki dengan menyanyi di funfair. Aduh, pilu sungguh! Aduh, gila sungguh! (sekadar perasaan)
Aku pergi kedai cd cari cerita Jimi Asmara sebab katanya cerita ini semacam mengambil cerita hidup R. Azmi sendiri. Seperti R. Azmi agaknya, si Jimi Asmara begitu taksub dengan cinta dan muziknya. Memang gila! Tapi yang aku terkilan sikit dengan cerita ini kerana tidak meletakkan nama R. Azmi sebagai penghargaan. Sedih.
Jadi, apa yang bestnya tentang R. Azmi? Aku hanya dapat kisah yang memilukan tentang beliau. Dan lagu-lagunya kini berbaris di dalam mp3 player aku. Aku harap lirik-lirik yang kecewa itu tidak akan terjadi pada aku. Aku mau hore-hore je.
Lagi link berkenaan R. Azmi, Link 1, Link 2
p/s: harap-harap adalah orang yang akan menulis buku biografi R. Azmi. Al-Fatihah untuk beliau
4 ulasan:
ermm r.azmi aku ada beli cd dia baru2 ni kat campbell tp aku rasa mcm tak lengkap la..tak ada info kat cd tu
bak kata loque, dia tu lagenda senyap
termakasih bro. saya merancang nak tulis skrip biogragi mengenai beliau. kalau ada infor lagi kasi saya ok.
sampai saat ini saya belum tahu untuk memulakan dari sudut mana. jadi saya terpaksa banyak membuat penyelidikan lagi tentang perkara ini. saya tak rasa nak mula dari cerita zaman budaknya. saya ingat nak start masa dia dah dewasa aja....kerana itu pancaroba kehidupannya. saya mungkin tak besarkan zaman dia di istana. itu bukan zaman kegemilangannnya. sudah tentu akan menyentuh aktivitinya sebagai penaynyi latar untuk filem melayu ketika itu.
Catat Ulasan