
Di atas adalah tiket untuk showcase butter di Planet Hollywood. Baru sekejap tadi aku beli. Kali ni aku akan pergi seorang diri sahaja. Tak tahu nak ajak siapa, tak tahu siapa lagi kawan aku yang minat nak tengok butter. Hahaha. Hmm, nampaknya ni kali kedua aku akan masuk ke dalam planet.

Begitu teruja sehingga sampai sahaja di rumah aku terus mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ni. Waktu aku hendak beli tiket ini, aku bukan main teruja gila sampai menggigil tangan. Haha. Itu salah satu tabiat aku agaknya. Kalau aku gembira/teruja dengan sesuatu, tangan aku secara automatik akan menggeletar. Kadang-kadang cakap pun boleh tersasul. Begitulah kalau aku dah teruja gila. Memang gila.
Jadi, jumpa butter di planet 24hb Ogos ni! Adios.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan