Sudah hampir 8 tahun aku membeli dan mengumpul ROTTW dari harganya RM5 hingga naik seringgit sekarang (ingat minyak je boleh naik?). Semuanya bermula dengan keluaran bulan Mei 2001, berkat adanya kugiran kegemaran aku yang menjadi penghias muka depan. Aku membaca ROTTW kerana fokusnya kepada jenisan muzik yang jarang dipaparkan/dikisahkan pada majalah-majalah biasa. Mungkin aku ingin nampak 'cool' dengan mengumpul ROTTW ataupun memang aku teruja membaca temuramah/kisah/input/ilmu(barangkali) tentang muzik. Sebelum aku beli isu bulan Mei tersebut, aku hanya membelek-belek di kedai mamak.
Masalahnya di sini, aku sekarang sudah mulai bosan membacanya. Seolah-olah tidak ada apa-apa yang menarik lagi tentang ROTTW. Namun seperti perokok yang memang susah hendak berhenti, aku juga demikian. Maksud di sini, aku susah hendak berhenti membelinya. Tiap kali masuknya bulan baru, pasti aku akan menjenguk majalah ini di kedai mamak. Macam perkara wajib ada tiap-tiap bulan seperti mana kita gosok gigi tiap-tiap hari.
Aku sendiri tak tau apa yang kurangnya dengan ROTTW sekarang. Ke sebab aku dah makin tua atau pun isi dan fakta di dalamnya sekarang mudah saja dicari di internet? Tapi memegang benda yang berjisim lebih enak dari benda yang kita hanya dapat tengok saja benda tuh(lain macam bunyinya). Adakah aku sekarang tak berminat dan sudah bosan membaca tentang pemuzik, tapi aku ingin membaca tentang instrumen muzik dan muzik itu sendiri? Ke ROTTW dah "sell out"? Ke pemuzik yang dah "sell out"?
Hahaha. Persoalan demi persoalan timbul. Yang pasti aku akan berhenti membeli ROTTW. Tapi bulan ni punya aku dah 'terbeli'. Takat baca gitu-gitu je. Apa-apa pun aku mengucapkan terima kasih kepada ROTTW kerana sudi menjadi bahan bacaanku ketika di dalam bilik termenung.
Buat pemuzik pulak, berbanggalah dapat masuk ROTTW. Berbanggalah sebab lu orang ada band yang boleh bermain muzik bersama. Tak kiralah lu orang nak berlagak ataupun memang nak bermuzik seikhlas hati. Adios ROTTW. Bulan depan aku tekad berhenti.
p/s: isu ROTTW kegemaranku, depan covernya ada May, Butterfingers dan Ramli Sarip.

2 ulasan:
salam...
Salam kembali ijad :)
Catat Ulasan