
Kalau orang tanya aku "duit ko banyak habis kat mana?" Aku mesti jawab beli dvd atau vcd. Hahaha. Memang duit aku banyak habis beli dvd/vcd. Tak kisah samada yang original atau pun pirate. Ingat lagi cerita pirate yang pertama aku beli, video tape cerita Judge Dredd. Hahaha.
Semuanya bermula time aku kecik-kecik dulu. Suka sangat tengok tv. Teringat lagi time bebudak dulu, kalau movie keluar kat tv mesti aku record dalam video tape. Cerita P. Ramlee, Mr. Os, Badul, sampai kartun kat tv pon aku record. Juara lagu tahun 91 pun ada record. Tapi sayang tape-tape semuanya dah tarak.

Kat atas adalah sebahagian dvd pirate yang aku kumpul. Hahaha. Memang orang cakap stop piracylah apalah tapi dvd pirate memang ada di dalam hati aku. Bukannya apa, dvd pirate ni siap ada 2 in 1, 3 in 1 sampai ke 12 in 1 pun rasanya aku pernah jumpa. Cerita cam Rambo, Indiana Jones, Ghost Buster, Child's Play mahupun cerita lama Stephen Chow dan Bruce Lee siap ada complete set lagi.Tapi banyak kedai-kedai yang jual pirate punya dvd tutup. Faham-faham jelah. Sampai kedai yang pernah menjal bertahun-tahun dvd mahupun vcd pirate kat Shah Alam tu pon dah tak jual lagi.

Ni dvd siri Masked Rider Black aka Kesatria Baja Hitam dari episod satu sampai habis. Tengok siri ni mengenangkan kembali aku kat zaman budak-budak dulu. Time cerita ni dan gaban meletop dulu, sampai nak ponteng sekolah agama gara-gara nak tengok cerita ni main kat tv.

Tapi sejak akhir-akhir ni aku terasa nak tengok balik filem-filem lama zaman 80an dengan awal 90an. Nasib baik sebahagian ada di jual kat kedai dengan harga yang murah dan yang pasti copy right punya.

Cerita-cerita lama termasuklah filem Badul lama-lama, Fenomena, Setinggan, Kembara Seniman Jalanan, Kami, Keluarga 99, Mat Gelap, Imigran dan adalah lagi beberapa yang lain. Banyak gak antara filem-filem ni copyright dia cam dipegang syarikat cina. Tapi kira oklah sebab ada dari tak.

Yeah, vcd paling latest aku beli tengah hari tadi. Tak sangka setelah beberapa lama aku cari vcd Aku Kaya ni akhirnya jumpa jugak. Sebelum ni aku adala cari kat kedai-kedai yang jual vcd. Tapi tak jumpa. Susah gak nak dapat vcd ni. Dvd dia apatah lagi.

Nasib aku baik, aku jumpa vcd ni time aku pergi buat gambar pasport kat kedai gambar. Sebelah kedai gambar tu memang ada kedai jual dvd, vcd dan cd lagu. Aku pun saja jelah tengok-tengok manala tau kalau ada cerita yang aku berkenan. Ntah macam mana terjumpa pulak vcd Aku Kaya ni terselit kat celah-celah. Pergh berhabuk dah. Aku tak banyak fikir terus je amik vcd ni.

Puas gak hati aku dapat beli vcd ni. Dulu memang aku ada beli tapi pirate punyalah. Haha. Tah manatah hilangnya vcd tu. Dapat yang original puas hati skit. Dengarnya vcd filem ni dijual sehingga melebihi 100,000 unit. Boleh tahan jugak. Tu tak pastilah campur yang pirate ke tak.

Hmm, kalu nak diikutkan, vcd cerita camni banyak gak keluar suatu ketika dahulu. Cerita cam Blok 404, Kem 505, Misteri Jeram Lesung, Momok, Pontianak vs Pocong dan banyaklah lagi keluar dulu. Kira cerita-cerita nih cam alternatiflah untuk cerita-cerita yang main kat tv. Lebih berani sikit. Kalau bunuh mesti darah keluar bergelen-gelen. Haha, tapi layan.
Selain tuh, banyak gak movie yang aku dapat hasil dari donlod sendiri dan orang lain. Mendonlod cerita ni memang kene banyak bersabar. Mau makan seminggu baru complete didonlod. Tengok berapa banyak orang yang seeding. Antara movie yang aku donlod, Seven Samurai, The Usual Suspects, Revolver, Reservoir Dogs, Groundhog Day dan ntahapepentah lagi.
Kat bawah adalah antara cerita/movies yang aku tak bosan tengok berkali-kali
- Man Laksa
- Zombi Kampung Pisang
- Snatch
- Tenacious D: Pick Of Destiny
- The Darjeeling Limited
- Fight Back To School I, II, III
- Da Di Du (AR Badul)
- The Shawshank Redemption
- Ocean's 11, 12, 13
- Back To The Future I, II, III
Kat bawah ni pulak antara cerita (dvd/vcd) yang aku nak carik
- Toyol (filem 70an)
- Mat Som (adaptasi dari komik Lat)
- Chandramukhi (Rajnikanth)
- Femina (filem Eman Manan dengan Erma Fatima klu x silap)
- Rentak Desa
- Momok I
Boleh tolong carik??
5 ulasan:
ermmm takpe duit perabis kat dvd/vcd, simpan elok2 khazanah tu 1000 thn lagi huhuhu..kesatria baja hitam tu mmg layan, tp gaban ko ada tak? tu lagi rare kalau ada.
Masa citer Kickers, citer pasal team bola jepun tu ko ada rakam tak dulu..eiissyhh best lagi satu mearo attack (betul ke ejanya) pasal bola tampar jepon pon best gilak ah.
Toyol tu baru last month aku jumpa Bacok rulesss ahahaha mmg susah nak cari citer ni.
kickers dulu aku adala tape jugak. pergh mmg best. yg maero attack tu aku x de.
gaban pnya citer x jmpa la. klu ada aku amik je. hehehe
tapi sume tape dah tarak. huhuhu. ade yg dibuang time pindahrandah. lagipon video player aku rosak time tu.
aku mmg nak carik citer Toyol tu. Ko dpt kat mane? Aku peminat Bacok. Hahaha
aku jumpa toyol tu kat jusco Klang.. last kopek..nnt kalau aku gi lagi aku cuba tgk2 kan.
bila mau trn moshing2 lagi hahaha
hahaha kalau ko duduk kat Australia pasti mata rambang tengok DVD ori bersepah2 dijual... nak Mallrats DVD? Aku boleh belikan.
blog dvd review aku wayanggambar.blogpsot.com dah lama tak update...
Assalamualaikum saudara Abdul Rahman..
saya tartarik dgn pengembaraan saudara berkenaan VCD/DVD....kerana saya mempunyai hobi yang sama seperti saudara... bagaimana saya dapat hubungi saudara..sekian terima kasih jua diucapkan.
e-mail saya:arrauf81@yahoo.com
Catat Ulasan