Isnin, Mac 14, 2011

Fasa baru bakal tiba..hehe


Salam, lama wa x update blog yg sememangnya suam2 kuku/hangat2 taik ayam je wa buat..haha. Tengok gambar atas neh gerenti tau ape yg wa nk citer.. wa xlama lagi nk jadi sorg daddy cool...muahaha... bulan pat ni klu ikut skedul 23 bulan pat neh rasmi la wa jadi daddy cool. Pergh masa mmg cepat je.. Dari fasa org bujang ke fasa bapak org ni secepat kelipan mata je rasa. Kesabaran daddy cool, time mommy cool mengandung neh mmg teruji kadang2. Sikap sabar dan tolak ansur (ada makna len tuh..hehe..) penting time mommy cool preknan ni. Tapi aku lagi respek kesabaran, ketahanan endurens, ketahanan mental/fizikal wanita mengandung ni. Rasanya klu kaum lelaki mmg serender angkat spender putih la jawabnya..hehe

Peape pun, wa doa harap2 semuanya berjalan lancar n selamat. Smuga hamba Allah yg bakal lahir ni jadi anak yg soleh yg mencintai yang Maha Mencintai, menjadikan Rasulullah kekasih hatinya, n ofkos syg n akan berbakti pada mommy cool dan daddy cool. Wasalam....

Ahad, Februari 07, 2010

Keputusan.



Dalam hidup ini, banyak keputusan yang perlu dibuat. Aku kadang2 berasa was2 dengan ape yang aku pilih. Ape yang merisaukan aku adalah consequence yang bakal aku alami. Aku sekarang cuba untuk berfikir yang baik2 aje. Maybe ini lah qada' & qadar yang perlu aku redha. Aku yakin perancangan & ketetapan Allah adalah sebaik2 perancangan & ketetapan.

2010 bakal menjadi tahun terpenting dalam hidup aku. Masa depan aku maybe akan ditentukan pada tahun ni. Walaupun aku risau, aku tetap yakin dengan ketetapan Allah. Dia hanya bagi yang terbaik untuk hambanya. Aku sebagai hambanya tetap berdoa. Segalanya mesti ada hikmah. Kita sedar ngn x je hikmah tu. Sebab tu aku kene bersyukur ngn ape yang aku ada skarang.

Ye, perubahan perlu ada. Insyaallah ini perubahan yang terbaik. Aku tawakkal ngn keputusan yang aku buat ni.


Selasa, Januari 12, 2010

Hehehe

Jangan percaya, kata mereka,
sudah ku kenal pasti kau pujaan hati,
cinta sejati, memang boleh dibeli,
tapi tak mungkin ditukar ganti,
Akan ku taati, maharani...


hehehehe

Rabu, September 16, 2009

Nak Raya Dah


Masa berlalu sekelip mata je. Tau2 dah nak raya. Tahun ni stat bagi duit raya. Terasa nak berpantun plak. Haha.


Dua tiga das mercun berbunyi,
Selamat Hari Raya untuk diri sendiri.


Jumaat, September 11, 2009

Wah dah lama....

Hah, dah lama aku x update. Malas sebenarnya. Sebab nak dekat raya, aku letak jela lagu raya oleh kugiran kegemaran aku. haha