
Sudah lebih sepuloh hari berada di tahun baru 2009. Aku cuba ingat balik ape yang aku dah buat sepanjang 2008.
2008 merupakan tahun paling aktif aku pergi ke gig, konsert mahupon showcase. Sebelum 2008, memang aku tak berpeluang ke mana-mana show kerana terikat dengan belajar dan jugak kewangan yang terhad.
Tahun 2008 jugak perginya nenek aku selama-lamanya ke alam sana. Kemudian diikuti pulak oleh datuk aku selang 6 bulan kemudian. Antara orang yang tersayang yang pernah menjaga aku sejak kecik. Semoga mereka berbahagia di alam sana.
Tahun 2008 jugak aku telah berjaya mendapat selipat ijazah setelah aku bergelumang dengan pancaroba, pahit dan manis alam belajar.
Tahun 2008 jugak aku mula merasai pengalaman menjadi penganggur. Sehingga kini masih lagi penganggur terhormat. Lagu Sudirman terngiang-ngiang di telinga aku masa ni. Pedih jugak dengan kata-kata orang. Haha.
Tahun 2009 dah masuk. Aku budget nak dapat kerja secepat mungkin. Duit yang aku simpan dah makin kontang. Semoga ada rezeki aku tahun ni.
Pergh... Dah masuk 2009 dah. Tak jauh mana pon ni.